Adolf Hitler

Adolf  Hitler dilahirkan di sebuah rumah tumpangan “Braunauam” di Austria dan merupakan dari berketurunan Jerman. Ayah Adolf Hitler adalah seorang pegawai kastam sementara ibunya sangat memanjakannya. Hitler tidak begitu cermelang dari segi pelajaran dan tidak begitu menggemari bandar Vienna tempat dia dilahirkan. Hitler sebaliknya lebih mengemari bandar Munich, tempat dia tinggal semenjak 1912. Hitler mempunyai sikap suka termenung, tidak ramah dan mudah mengikut perasaan.
readyygo.blogspot.com

Sifatnya ini mungkin terbentuk akibat kekecewaan ketika Hitler menjadi seorang artis di Vienna. Hitler pernah menjadi seorang pegawai penyiasat tentara di Munich dan terlibat dengan penyiasatan tentang aktivis Partai Pekerja Jerman. Di situ Hitler mulai berkecimpung  dalam politik secara tidak langsung.

Hitler kemudian berkecimpung secara langsung dalam politik dan menjadi pengurus Partai Pekerja German pada bulan Julai 1921. Hitler mengganti nama Parti Pekerja German dengan Nationalist Socialist German Workers Party (NSDAP) ataupun parti Nazi. Perlahan-lahan partai Nazi terbentuk dengan logo swastika, membentuk pasukan penguasa yang dikenali sebagai ‘storm troopers’ dan anti Yahudi. Hitler  mengecam  secara  mutlak  Perjanjian Perdamaian Versailles dan mereka yang terlibat dengannya.

Pada bulan November 1923, Hitler melancarkan ‘putsch’ (kudeta) di Munich tetapi gagal. Akibat dari itu, Hitler telah dipenjarakan di penjara Landesburg dan setelah dia keluar, Hitler menjadi lebih arif dalam seluk beluk politik. Hitler masih mengamalkan taktik kekerasan, tetapi pada masa yang sama Hitler menjalin  hubungan  erat  dengan  pihak  konservatif  yang  ingin menggunakannya sebagai alat menentang ancaman komunis.

Hitler kemudian menggunakan kebolehan berpidatonya untuk menjadi ketua partai, dan menggati nama partai kepada parti Nazi ‘National Socialist German Labour Party’. Hitler membentuk dasar anti yahudi, anti demokrasi dan kepercayaan kepada kuasa mutlak. Hitler  menjalankan dasar memberi sedikit keistimewaan kepada mereka yang menyokong, mengancam mereka yang menentang dan propaganda bersifat patriotik kepada orang awam.

Source: DPN

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel